BACKGROUND OF KAMPONG BHARU

Kampong Bharu telah diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 melalui rizab Malay Agricultural Settlement (M.A.S) di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 yang dikawal melalui kaedah untuk penghunian dan pengurusan M.A.S (Selangor Gazette No. 21/1900).

Kawasan rizab ini seterusnya diurus tadbir oleh entiti yang dikenali sebagai Lembaga Pentadbiran Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (Malay Agricultural Settlement – M.A.S). Seterusnya, pada tahun 1965 pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memberikan 838 hakmilik tanah kepada penghuni di kawasan ini.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ditubuhkan melalui peruntukan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733] yang berperanan sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan semula Kampong Bharu. PKB telah memulakan operasi secara rasmi pada Julai 2012.