BAZAR RAMADAN

Bazar Ramadan bukan hanya penuh sesak dengan umat Islam yang mahu membeli juadah untuk berbuka puasa, malah mereka yang bukan Islam turut mengambil kesempatan mencari pelbagai makanan lazat tempatan yang jarang dilihat atau diperoleh di luar bulan puasa.

Salah satu bazar ramadan yang paling terkenal adalah Bazar Ramadan Kampong Bharu. Bazar Ramadan Kampung Baru biasanya sesak dengan rakyat pelbagai bangsa termasuk pelancong asing.

Pengunjung datang ke Bazar Ramadan Kampong Bharu kerana ingin membeli juadah tempatan dan menikmati pelbagai jenis makanan yang tidak mungkin diperoleh pada masa lain.

Bazar Ramadan turut menarik perhatian pelancong asing yang ingin menikmati juadah tempatan selain merasai sendiri kemeriahan Bazar Ramadan di negara ini.