CADANGAN MENAIKTARAF JALAN RAJA MUDA MUSA HINGGA JALAN RAJA ALANG (SHARED SPACE – FASA 1), KAMPONG BHARU, KUALA LUMPUR

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Raja Muda Musa Fasa 1 iaitu dari persimpangan Jalan Raja Abdullah ( Pintu Gerbang) sehingga persimpangan Jalan Hassan Salleh ( Flat PKNS 17 Tingkat). Projek ini dijangka akan bermula pada bulan Disember 2019 sehingga Disember 2020.

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan persekitaran mesra pejalan kaki supaya menggalakkan penambahan trafik pejalan kaki dan berbasikal serta pada masa yang sama mengadakan laluan kenderaan bebas halangan bagi menampung keperluan pembangunan.

Sehubungan dengan itu, Jalan Raja Muda Musa (kawasan terlibat dengan projek) akan ditutup satu lorong secara berperingkat selama 1 tahun sepanjang kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut berjalan.

Pihak PKB memohon maaf atas kesulitan yang bakal tuan/puan hadapi semasa projek ini dilaksanakan dan pihak kami akan berusaha memastikan masalah tersebut dapat diminimakan. Sokongan tuan/puan bagi melancarkan projek ini demi faedah kepada rakyat amat diharapkan dan dihargai.