Covid-19: ‘Biru’ menyala untuk wira negara

KUALA LUMPUR 30 APRIL 2020. Helikopter unit Udara PDRM dilihat melakukan rondaan ketika bangunan ikonik sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dilimpahi lampu biru yang dikenali sebagai ? Light It Blue ?, bermula 10.30 malam ini sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani wabak COVID-19. [/caption]BEBERAPA lokasi dan bangunan ikonik di Kuala Lumpur dinyalakan dengan lampu berwarna biru tertera ucapan penghargaan sebagai tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Covid-19.

Perlaksanaan program Light It Blue itu mencetuskan panorama menarik ibu negara walaupun kawasan itu kini sepi tanpa orang ramai.

Simbolik penghargaan itu dapat dilihat di Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tun Razak Exchange (TRX), Bangunan MRCB dan jambatan pejalan kaki Pintasan (Saloma Link).

Selain itu, River of Life, Bangunan Menara 1 dan Menara 3 DBKL turut menyalakan lampu neon berwarna biru itu sebagai tanda sokongan.

TANDA penghargaan daripada DBKL. FOTO Ihsan DBKL
TANDA penghargaan daripada DBKL. FOTO Ihsan DBKL
Pemandangan menarik di Saloma Link. FOTO Ihsan DBL

Sumber: Harian Metro