GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN HARTANAH KAMPONG BHARU

Tujuan

Garis Panduan ini merupakan tatacara dan prosedur pengurusan dan pembangunan hartanah yang perlu dipatuhi dalam kawasan operasi selaras dengan peruntukan Seksyen 2 Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733].

Garis Panduan ini juga adalah sebagai rujukan utama bagi memudahcara pemilik tanah dan pewaris serta semua pihak yang berkepentingan dalam memajukan hartanah di Kampong Bharu.

Rasional Garis Panduan

Jumlah pemilikan tanah berdaftar di atas Tanah M.A.S ialah 4300 pemilik. Tiga puluh satu peratus (31%) atau 428 lot adalah dimiliki lebih daripada 5 pemilik berdaftar. Lapan puluh sembilan peratus (89%) memiliki lot masing-masing kurang daripada 1100 meter persegi (11,480 kaki persegi).

Struktur pemilikan yang multiple dan saiz yang kecil kurang ekonomik untuk dibangunkan secara komersial berskala besar. Di atas rasional ini maka pembangunan hartanah di Kampong Bharu perlu dilakukan secara strategik dan komprehensif.

Skop Garis Panduan

Garis panduan ini mencakupi 4 proses utama seperti berikut :

  1. Perancangan;
  2. Pelaksanaan Pembangunan;
  3. Penyelarasan dan Pemantauan; dan
  4. Penilaian dan Pelaporan