IKAN BAKAR

Ikan Bakar merupakan hidangan yang berasal dari Indonesia dan Malaysia. Perkataan ‘Ikan Bakar’ di dalam Bahasa Melayu bermaksud hidangan ikan atau makanan laut yang dipanggang dengan menggunakan arang.

Kebiasaannya ikan bakar akan diperap dengan rempah atau bahan-bahan tertentu terlebih dahulu dan kemudian dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang. Antara makanan laut (selain ikan) yang popular adalah termasuk ikan pari dan sotong.