KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Bandar akan mengadakan Kongres Pembangunan Kampung Baru bertujuan untuk memastikan kelestarian tradisi Kampung Baru akan dikekalkan dalam masa menjalankan pembangunan.

Menurut menterinya, Rina Mohd Harun ia akan melibatkan wakil penduduk Kampung Baru, Ketua-ketua kampung dan pelbagai agensi yang berkenaan dengan pembangunan.

“Kita nak kena fikirkan sekiranya pembangunan di Kampung Baru mestilah mengekalkan tradisi kampung itu.

“Kongres itu kita cadangkan dua minggu lepas semasa sesi perjumpaan (Town-hall) penduduk Kampung Baru bersama saya Ahli Parlimen dan pada masa itu bersama dengan Tun Daim Zainuddin di Kelab Sultan Sulaiman,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Ramah Mesra Penduduk Kampng Sungai Baru di  Pejabat Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah hari ini.

Menerusi kongres itu kata Rina semua pihak akan bertukar-tukar pandangan dan memberi buah fikiran tentang pembangunan yang sepatutnya dijalankan di Kampung Baru.

“Sebab kita tengok sekarang ini ada yang tidak bersetuju, ada yang bersetuju, jadi sampai bila perancangan yang ingin dibuat tidak akan dapat kejayaan,” tambahnya.

Kongres itu tambahnya dijangkakan akan berlangsung pada tahun ini.

Dalam masa yang sama Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa itu memaklumkan pemilihan Ketua Kampung yang baharu akan dibuat.

Jelasnya ini kerana Rina berkata kerajaan terdahulu ketika mengurus tadbir kawasan Parlimen tersebut melantilk ketua-ketua kampung menerusi lantikan.

Sumber: Malaysia Gazette