#LightItBlue: Astro zahirkan sokongan kepada petugas barisan hadapan COVID-19

View image on Twitter

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) malam ini menzahirkan solidariti sokongannya terhadap petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani krisis COVID-19, dengan melimpahi bangunan ibu pejabatnya dengan cahaya biru.Ia sebagai menyahut inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu #LightItBlue, di mana beberapa bangunan dan mercu tanda ikonik di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan menyalakan lampu biru selama tiga hari bermula 30 April hingga 3 Mei, 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, penyedia perkhidmatan TV satelit dan radio itu komited dalam memainkan peranan dan berganding bahu bersama-sama dengan petugas barisan hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

“Astro amat menghormati petugas hadapan di negara ini, atas komitmen berterusan mereka dalam menjaga pesakit COVID-19,” katanya lagi.

View image on TwitterView image on Twitter

Dalam satu kenyataan, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, tujuan utama program itu adalah demi menzahirkan jutaan terima kasih terhadap pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat pasukan barisan hadapan, baik di sektor awam, swasta serta sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan memerangi wabak COVID-19 untuk rakyat Malaysia.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan menzahirkan tanda penghargaan dan solidariti kepada semua petugas barisan hadapan negara khususnya di Wilayah Persekutuan,” menurut kenyataan itu lagi.

KWP berkata, pelaksanaan program Light It Blue itu melibatkan bangunan-bangunan ikonik dan jalan-jalan protokol di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, yang mana pemilihan warna biru adalah kerana ia merupakan warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Sebanyak 35 bangunan dan kawasan terpilih dinyalakan dengan lampu biru ini sebagai simbolik penghargaan seluruh rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan, menurut kementerian lagi.

“Orang ramai boleh berkongsi kreativiti mereka di laman sosial menggunakan hashtag #LightItBlueWP dan #LimpahanLampuBiruWP.

“Ini sebagai tanda sokongan kepada pasukan barisan hadapan serta diri sendiri yang mengamalkan norma budaya kehidupan baharu, penjarakan sosial dan mengelakkan perkumpulan beramai-ramai dalam memutuskan rantaian wabak COVID19 ini,” katanya lagi.

Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.
Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Astro komited dalam memainkan peranan bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, turut mendoakan pasukan barisan hadapan negara untuk terus tabah, berdedikasi dan mengekalkan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada para pesakit.

“Kita perlu menang dalam misi ini dan pasti menang sekiranya semua rakyat kerjasama untuk kekal berada di rumah dalam mengekang penularan wabak COVID-19 ini,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani