MARHABAN

Berzanji dan marhaban menjadi satu tradisi adat dan warisan Melayu yang tidak dapat dipisahkan dari majlis-majlis adat dan budaya kaum Melayu dan Islam.

Kitab berzanji dan marhaban merupakan ungkapan-ungkapan yang diambil daripada kumpulan syair Arab dan hanya menceritakan perihal diri Nabi Muhammad S.A.W., asal usul keturunannya, sifat-sifat terpujinya sehinggalah kepada sejarah hidup serta penyampaian dakwah Baginda S.A.W. Kitab ini disusun dalam bentuk rangkap syair di mana susunannya begitu indah dan amat menarik hati pembaca serta orang yang mendengarnya.

Mengikut sumber sejarah, kitab-kitab tersebut dikarang oleh Sheikh Jaafar bin Masri. Beliau seorang ulama dari negara Mesir yang juga seorang kadi dan pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraan. Beliau pernah menjadi Khatib di Masjid Nabawi di Madinah. Dilahirkan pada 1690 Masihi dan wafat pada 1789 Masihi.