MENANGANI PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020

Dalam rangka membawa Kampong Bharu membangun seiring dengan pembangunan segi tiga emas, ia merupakan satu inisiatif yang kompleks. Isu-isu utama yang dikaitan dengan pembangunan Kampong Bharu adalah sepertimana berikut :

Kampong Bharu mengalami penurunan bilangan penduduk semenjak tahun 1991 dimana taburan penduduk bagi tahun 1991 adalah pada20,215 sementara jumlah penduduk pada tahun 2000 adalah pada 15,718 kampong-bharu-1orang sementara penduduk pada tahun 2010 dijangka berada pada jumlah 17,000.

Perbandingan bagi tahun 2010 dan 1991 menunjukkan terdapatnya kadar penurunan sekitar 16% bagi tempoh masa tersebut.

Selain itu, terdapat isu kewujudan bilangan penduduk bukan warganegara yang ramai iaitu sekitar 2,670 orang tahun 2000.

Pembangunan tanah secara ‘adhoc’ telah memperlihatkan Kampong Bharu seakan ‘back yard’ / “stressed built enviroment” kepada pembangunan di sekitarnya memandangkan persekitarannya yang sesak.

Tambahan pula, ketiadaan anjakan bangunan kediaman yang jelas dan dibina secara rapat-rapat mewujudkan persekitaran yang kurang menarik.

Sejumlah besar status pemilikan tanah adalah tanah milik persendirian. 1381 jumlah lot telah direkodkan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bilangan pemilik adalah seramai 4,300 pemilik dan purata pemilikan (31%) adalah 5 pemilik bagi satu lot dengan jumlah pemilikan tertinggi adalah berjumlah 143 orang bagi satu lot.

Ini menunjukkan pemilikan tanah di Kampong Bharu adalah pemilikan berganda (‘multiple ownership’).

Lot kecil / lot sempit menyukarkan untuk pembangunan berintensiti tinggi. Keadaan ini menggalakkan pembangunan berskala kecil dan kurang pulangan yang optimum kepada tuan tanah / pemilik bangunan.

Dianggarkan sejumlah 89% daripada lot-lot di Kampong Bharu berkeluasan kurang 1100 mps (11840 kps).

Tiada perhubungan terus ke KLCC sama ada melalui jalan raya atau laluan pejalan kaki dan kurang mengoptimumkan potensi-potensi yang terdapat di kawasan sekitar menjadikan Kampong Bharu menerima impak pembangunan yang minimum dari aspek pengisian aktiviti-aktiviti bandar, aksessibiliti dan rangkaian hijau.

Masalah banjir kilat di beberapa lokasi seperti Kampong Periok, Dang Wangi dan Sultan Sulaiman disebabkan kemudahan infrastruktur saliran dan perparitan sedia ada tidak sempurna.