Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi JUN pada 15 & 22 JUN 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu 2020

Pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pada masa kini sedang dalam proses menjalankan kajian Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu 2020 (PITPKB2020).

Matlamat kajian ini dijalankan adalah bagi menyediakan satu pelan terperinci berhubung perspektif yang lengkap, tatacara serta kaedah dalam menguruskan dan melaksanakan pembangunan Kampong Bharu melalui penyediaan dua komponen penting iaitu :

5.1 Pelan Fizikal ; dan

5.2 Pelan Pengurusan Pembangunan Kampong Bharu melangkaui 2020 (“Kampong Bharu Beyond 2020”)

Objektif kajian ini pula adalah sepertimana berikut :

6.1 Mengetahui jangkaan penduduk setempat terhadap bentuk-bentuk faedah yang akan diterima dari pembangunan semula yang dicadangkan,

6.2 Mendapatkan cadangan penduduk setempat bagi menambah baik cadangan pembangunan semula tersebut;

6.3 Mengenal pasti dan mengukuhkan kaedah pembangunan yang akan diguna pakai dalam membangunkan semula Kampong Bharu;

6.4 Mengenal pasti kawasan yang perlu diberi keutamaan untuk dibangunkan berdasarkan kepada maklum balas/persetujuan dari pemilik-pemilik tanah; dan

6.5 Mengenalpasti susunatur dan rekabentuk fizikal cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan berdasarkan fasa pembangunan yang ditetapkan.

Tempoh masa kajian bagi penyediaan PITPKB 2020 adalah dijangkakan selama lapan (8) bulan dan ianya telah dimulakan pada bulan Ogos 2013 dan dijangka mampu dimuktamadkan untuk tujuan ulasan akhir oleh pihak awam pada bulan Mac 2014. Terdapat empat (4) peringkat perlu dilaksanakan dalam penyediaan PITPKB 2020 sepertimana berikut :

  • Peringkat 1 : Penyediaan Laporan Awal;
  • Peringkat 2 : Penyediaan Laporan Penemuan;
  • Peringkat 3 : Penyediaan Draf PITPKB 2020; dan
  • Peringkat 4 : Penyediaan PITPKB 2020.

Sepanjang tempoh kajian ini dijalankan, terdapat beberapa sesi dialog, temubual, soal-selidik, perbincangan dan kaedah-kaedah tertentu akan dilaksanakan dalam mendapatkan pandangan serta ulasan pemilik, pewaris dan pihak-pihak berkepentingan dalam memastikan penyediaan pelan ini adalah bersifat menyeluruh serta mampu dilaksanakan dengan sempurna kelak.

Selaras dengan itu juga, pihak PKB melalui proses perlantikan yang ditetapkan oleh prosuder kerajaan telah melantik Akitek Jururancang Malaysia Sdn. Bhd. sebagai perunding yang akan melaksanakan kajian keseluruhan penyediaan PITPKB 2020.

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  2,390
    • Bulan Ini:  135,452
    • Keseluruhan:  1,954,900

Kemaskini Terakhir: Julai 17, 2017 @ 3:34 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.