Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi JUN pada 15 & 22 JUN 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Perutusan Pengerusi PKB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia

Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) yang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) secara jelas menetapkan visi Kampong Bharu ialah untuk dibangunkan sebagai “Sebuah Pusat Kebudayaan Melayu dan Enklaf Aktiviti Ekonomi Baharu Bandaraya Kuala Lumpur” menjelang tahun 2035.  

Inisiatif strategik ini akan sentiasa menjadi fokus utama PKB dalam melaksanakan peranannya sebagai Agensi Penyelaras, Pemudah Cara dan Penggerak Utama pembangunan semula penempatan Melayu Kampong Bharu.

Sehingga penghujung tahun 2015, PKB sedang menyusun semula keutamaan kerja dengan memberikan komitmen tinggi untuk menyelesaikan masalah bayaran sumbangan kepada penduduk terlibat dengan tanah mendap di Kampong Pindah. Keduanya ialah untuk menyelesaikan isu berkaitan pemilikan tanah. Penyelesaian yang tuntas terhadap isu-isu ini amat penting kepada prestasi kerja PKB agar dapat menarik keyakinan rakan-rakan strategik dan penduduk Kampong Bharu kepada PKB sebagai sebuah perbadanan yang berwibawa dan efisien. Ia sekaligus dapat melicinkan perjalanan kerja PKB.

Sehingga kini, hasil inisiatif Mobile Team PKB telah berjaya menyelesaikan beberapa isu berkaitan status tanah. Hasil konsultansi dan rundingan bersama pemililk/pewaris tanah, sebanyak 829 lot telah memperoleh geran hak milik kekal atau Final Title. Manakala, 446 lot geran berjaya memperoleh status hak milik sementara atau Qualified Title (QT) dan tanah rizab sebanyak 15 lot.

Sebagai Pengerusi baharu, saya amat mengharapkan sokongan teguh dan kepercayaan daripada semua rakan-rakan strategik PKB, pelabur, kontraktor, perunding, dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha membangunkan Kampong Bharu sebagai The Crown Jewel of Kuala Lumpur. 

Datuk Affendi Zahari
Pengerusi
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  2,400
    • Bulan Ini:  135,462
    • Keseluruhan:  1,954,910

Kemaskini Terakhir: Julai 17, 2017 @ 3:34 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.