Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  Notis Tawaran Sebutharga 20 unit gerai "push cart". Membekal dan menghantar 20 unit "Push Cart" untuk kegunaan penjaja tepi jalan di Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lebih lanjut, Sila Klik Disini.
  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi SEPTEMBER pada 14 & 28 OGOS 2017 (Khamis), Jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Visi, Misi & Objektif

Pada 7 Disember 2011, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru 2011 [Akta 733] telah diluluskan oleh Parlimen. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pula telah ditubuhkan pada 1 April 2012. PKB telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu.

VISI

Menjana potensi hartanah dan mentransformasi ekonomi ke arah peningkatan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilai sejarah, ciri-ciri budaya dan warisan Melayu Kampong Bharu.

MISI

Tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir di dalam arus Pembangunan Semula Kampong Bharu menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF

  1. Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu;
  2. Menyediakan pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu;
  3. Memacu, merangsang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategik yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu;
  4. Memastikan pengurusan secara profesional dalam pentadbiran pembangunan dan kewangan, dan
  5. Memastikan semua ciri-ciri pembangunan berteraskan pengekalan warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam.
KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

Kemaskini Terakhir: September 15, 2017 @ 10:45 am

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.