Logo PKB
  • Selamat datang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

  •  MAKLUMAN : Penutupan Jalan Bagi Pemasangan Khemah 'Marquee Tent' Bazaar Ramadhan Kampong Bharu bermula tarikh : 21/05/2017 masa : 10.00 p.m hingga 5.00 a.m 

  •  Klinik Penyelesaian Harta Pusaka sesi Mei pada 11 & 25 Mei 2017 (Khamis), Jam 100.pagi hingga 4.00 petang di Pejabat PKB. Sila Klik Disini.

  •  Flyer Informasi Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Sila Klik Disini.

  • Baru Pasar Raja Bot sekarang dengan rupa yang baru. "Lebih tersusun dan bersih." Jangan ragu untuk Lawati Pasar Raja Bot di Kampong Bharu.

  •  Pengumuman kepada Pemilik / Pewaris Tanah di Kampong Bharu, anda boleh mengemaskini maklumat anda di sini .

  • Baru  Bagi yang berminat untuk membeli Buku Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu, Sila datang ke pejabat kami di PKB. Harga adalah amat berpatutan, bagi softcover harga yang ditawarkan adalah RM200 sahaja manakala bagi hardcover pula ditawarkan pada harga RM250 sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian : 03-2692 6733.

Konsep Perancangan Masa Hadapan

Perancangan dan pembangunan Kampong Bharu akan direkabentuk dengan menetapkan zon-zon pembangunan tertentu selaras dengan fungsi yang akan dimainkan pada masa hadapan.

Konsep yang direkabentuk akan menjurus kepada pembentukan :

Ruang bandar moden bercirikan Melayu-Islam dengan penekanan kepada aspek kebudayaan dan warisan yang tersurat (tangible) dan tersirat (intangible).

Pada masa yang sama ianya mampu mengoptimumkan keperluan dan rekabentuk fizikal masa hadapan tanpa berkompromi dengan tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar.

Komponen-komponen yang akan diberikan penekanan dalam reka bentuk pembangunan Kampong Bharu adalah :

1. MENGIKTIRAF KEPELBAGAIAN LAPISAN BUDAYA

Pembangunan yang dirancang akan cuba dengan sedaya upaya untuk memastikan pengekalan kepada keunikkan yang terdapat di Kampong Bharu. Pengekalan unit-unit kediaman yang unik dengan menempatkan semula pada lokasi bersesuaian untuk diguna semula sebagai ruang perniagaan, kedai-kedai berkonsepkan butik, pusat informasi pelancongan dan sebagainya adalah antara usaha yang baik dalam mengekalkan imej Kampong Bharu pada masa hadapan.

Bangunan-bangunan warisan dan unik seperti Masjid Pakistan, Kelab Sultan Sulaiman dan Gurdwara Sahib juga perlu diberikan perhatian.

Pengekalan nama jalan yang mempunyai nilai sejarah yang signifikan seperti Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Alang, Jalan Raja Bot, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Jalan Raja Uda, Jalan Haji Hussin, Jalan Daud dan Jalan Haji Yaakob juga akan diberikan perhatian.

2. MENGHIJAUKAN KAMPONG BHARU

Pembangunan yang dirancang perlu diimbangi dengan keperluan mewujudkan dan menampilkan aspek kehijauan melalui pemeliharaan dan penanaman pokok, pembentukan taman-taman utama, taman-taman kejiranan, ruang-ruang landskap dan sebagainya. Perancangan dengan keutamaan jaringan hijau dan biru (sungai) adalah amat penting dalam mebentuk ruang bandar yang menarik dan moden.

Selaras dengan gagasan kemampanan pembangunan dunia, penekanan kepada konsep perancangan hijau terkini seperti ‘Urban Biodiversity’, ‘Water Sensitive Urban Design’, ‘Energy Efficient Development’, ‘Minimise waste’ serta pembentukan ‘Green Travel Plan’ akan menjadi agenda utama perancangan di Kampong Bharu.

Di antara sasaran yang diletakkan dalam menghijaukan Kampong Bharu adalah pembentukan 15% kawasan lapang di atas tanah, 15% kawasan lapang diatas bumbung/deck, penanaman 10,000 pokok-pokok bersesuaian, penyerapan 10 juta kg/karbon setiap tahun, 2 darjah penyejukan persekitaran alam bina dan pembentukan 2 km promenade/waterfront.

3. JARINGAN AKSESIBILITI LENGKAP DAN MESRA PEJALAN KAKI

Komponen pengangkutan awam akan menjadi nadi utama dalam aspek pergerakan bagi pembangunan Kampong Bharu. “Central Spine” adalah dicadangkan pada pusat pembangunan Kampong Bharu yang berfungsi sebagai komponen pengagihan laluan kenderaan dan pejalan kaki.

Rekabentuknya yang memberikan keutamaan kepada pejalan kaki yang juga akan menghubungkan Kampong Baru dengan kawasan sekitarnya seperti Jalan Tun Razak dibahagian utara dan Jalan Sultan Ismail di bahagian selatan. “Central Spine” ini akan dihubungkan dengan Jalan Chow Kit dan mungkin melangkaui Sungai Klang di bahagian barat pada masa akan datang. Jaringan pejalan kaki lengkap dengan laluan berbasikal pula akan dihubungkan dengan promenade yang dicadangkan di sepanjang Sungai Klang yang menjadi pelengkap kepada jaringan hijau dan jaringan biru yang dibentuk.

Pembangunan berorentasikan ‘Transit Oriented Development’ (TOD) dengan tumpuan kepada mengoptimumkan stesen transit jaringan LRT PUTRA sedia ada dan cadangan stesen transit MRT kan menjadi fokus utama sistem pengangkutan di Kampong Bharu. Selain itu, perancangan mewujudkan sirkulasi secara tetap mengelilingi laluan utama di Kampong Bharu melalui penggunaan bas/tramp juga akan dilihat dengan terperinci. Perancangan secara komprehensif ini dijangka mampu menjadi nadi dalam mengimbangi ruang bandar moden yang akan dibentuk untuk Pembangunan Semula Kampong Bharu.

Sasaran POD (People Oriented Development) pada kadar 50% dengan penetapan masa 5 minit dan POD pada 80% pada kadar masa 10 minit dilihat mampu menjadikan Kampong Bharu mesra pejalan kaki.

4. ANJUNG WARISAN/PLAZA KEBUDAYAAN/AMPHITHEATRE

Dataran/Plaza/kawasan lapang yang berperanan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kebudayaan, tradisional, sosial, rekreasi dan sebagainya yang istimewa dan unik diyakini akan dapat menarik kunjungan penduduk tempatan dan pelancong. Ianya juga mampu menjadi ruang interaksi mahupun ‘showcase’ elemen-elemen berkaitan keunikan Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhanya dan memberi nilai tambah sehingga peringkat antarabangsa.

Ianya antara lain merupakan ruang perancangan dan pelaksanaan program komprehensif mempromosikan aspek-aspek bersesuaian yang mampu menjadi mercu tanda dalam pembentukan sebuah ruang bandar kreatif dan inovatif. Aktiviti dan ruang yang cuba diperkenalkan ini adalah sepertimana yang dimiliki oleh beberapa bandar utama di dunia seperti di New Acropolis Museum, Vancouver, Montreal atau Venice yang berperanan dalam memperkembangkan komponen kebudayaan ke seluruh bandar. Pengalaman yang cuba dibentuk menyentuh keseluruhannya aspek sosial mahupun budaya sesebuah masyarakat.

5. KORIDOR PANDANGAN DAN VISTA

Rekabentuk ruang bandar yang dicadangkan untuk kawasan Kampong Bharu akan menitikberatkan aspek koridor pandangan dan vista. Aspek pemandangan dan vista dari Kampong Bharu kekawasan sekitar akan dikekalkan dan mewujudkan suasana menarik dan diberi penghargaan yang tinggi terhadap kawasan sekitarnya melalui orentasi dan ketinggian bangunan yang akan dicadangkan.

Koridor pandangan dan vista dari sudut dalaman juga tidak akan dipinggirkan di mana rekabentuk bandar yang dilaksanakan akan memberikan ruang pemandangan kepada bangunan-bangunan ikonik tertentu selain pemandangan terus dari laluan masuk utama terhadap lokasi tumpuan seperti plaza, dataran, kawasan lapang, tasik dan sebagainya.

Penyusunan orentasi mahupun ketinggian bangunan dengan rekabantuk yang memberikan pemandangan kepada aspek koridor pandangan dan vista juga dilihat mampu menjadi panduan arah kepada setiap orang yang memasuki kawasan Kampong Bharu.

6. MENARA PERDAGANGAN DAN RUANG PERNIAGAAN

Komponen perniagaan dan perdagangan akan direkabentuk dengan mengambilkira pelbagai aspek keperluan masyarakat bermula daripada aktiviti tidak formal kepada keperluan menara kewangan bertaraf antarabangsa.

Pembangunan menara-menara moden bertaraf Gred A dengan rekabentuk ikonik bercirikan Melayu-Islam yang lengkap dengan infrastruktur dan infostruktur moden menjadi agenda penting dalam pembangunan Kampong Bharu. Peranan yang akan dimainkan sebagai pusat kewangan islam bertaraf dunia, “Education Tourism”, “Health Tourism”, Hub Pengajian dan Pembelajaran serta Pusat Kebudayaan bertaraf dunia mampu dibangunkan. Pusat Konvensyen dan Hotel bertaraf 6 bintang mampu dibina di kawasan Kampong Bharu dalam mengimbangi dan menyaingi keperluan permintaan dari kawasan sekitarnya seperti KLCC dan kawasan segitiga emas.

“Pasar Malam Street” yang memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti tidak formal seperti penjajaan, penjual barangan tradisional dan sebagainya akan diwujudkan dalam memberikan peluang kepada lapisan masyarakat bersesuaian. Ianya dilihat mampu menjadi nadi kepada aktiviti malam di kawasan Kampong Bharu seolah-olah Kampong Bharu “tidak pernah tidur”. Kampong Bharu yang juga dikenali sebagai “syurga makanan” akan terus diperkukuh sebagai daya tarikan kerana ia mampu mempamer dan menghidangkan resipi masakan tempatan dan antarabangsa yang enak serta berkualiti.

7. MENARA KEDIAMAN

Pembangunan unit-unit kediaman merupakan komponen penting dalam keseluruhan pembangunan Kampong Bharu. Kediaman yang mengambilkira permintaan keseluruhan lapisan masyarakat akan dibangunkan. Ia bukan sahaja mampu milik, mesra penghuni bahkan dibina dengan kualiti perkhidmatan yang berdaya saing.

Kawasan–kawasan kediaman yang dicadangkan juga akan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih kepada gaya hidup moden dan landskap yang menarik. Bagi mengoptimumkan penggunaan tanah dan mewujudkan kemudahsampaian yang tinggi serta selamat, pengaturan semula guna tanah guna tanah yang tidak sesuai dari segi lokasi seperti kemudahan masyarakat dilakukan dengan menempatkan semula secara bersepadu dan dan diintegrasikan dengan kawasan kediaman.

Cadangan yang dilakukan juga akan bertumpu kepada menyediakan pelbagai jenis perumahan seperti kondominium, rumah bandar, pangsapuri servis, villa berkembar, dan apartment. Kemudahan ‘lifestyle’ seperti rumah kelab, kemudahan ‘Security’ dan lain-lain termasuklah persekitaran Ekslusif dan Selamat (Safe City). Sementara karakter bangunan bercirikan senibina Melayu-Islam akan diberikan keutamaan.

8. KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR

Cadangan pembangunan keperluan kemudahan awam seperti masjid, dewan orang ramai, perpustakaan dan sebagainya akan menjadi nadi yang mengamalkan nilai-nilai murni tamadun dan peradaban manusia berteraskan nilai Melayu-Islam. Kaedah mengintegrasikan sesuatu kemudahan dengan kemudahan yang lain (Pusat Komunit Bersepadu) dilihat antara daya penarik dalam mewujudkan suasana badndar moden yang lebih harmoni dan vibrant selain ia mengoptimumkan penggunaan sesuatu kawasan.

Kemudahan-kemudahan infrastruktur pula seperti talian elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya dicaadngkan untuk ditempat pada satu lokasi secara bersama serta mudah untuk diselenggaran. ‘Comman Utility Reserve’ merupakan pendekatan yang baik dalam menangani permasalah ini.

KWPKB DBKL perbadanan putrajaya PL MSWP MYGOV MAMPU MSC 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Lot 61 Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur


Phone  Talian Pantas : +603–2692 6733
Fax  Faks : +603–2693 4733
Email  Emel : webmaster[at]pkb[dot]gov[dot]my
                    
pertanyaan[at]pkb[dot]gov[dot]my
 
 

 

Ikuti Kami di:

  • Statistik Pelawat:
    • Hari Ini:  1,510
    • Bulan Ini:  122,677
    • Keseluruhan:  1,692,012

Kemaskini Terakhir: Mei 25, 2017 @ 12:56 pm

Penafian : PKB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.