NASI LEMAK ANTARABANGSA

Nasi Lemak Antarabangsa ialah satu syarikat atau restoran francais makanan Melayu yang menyajikan makanan yang amat popular di Malaysia, iaitu nasi lemak.

Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika itu merupakan kawasan perubahan orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa kilogram beras, perniagaannya terus berkembang dari setahun ke setahun.

Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mengenali kedainya.

Keenakan nasi lemak Puan Normi terus mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa.

Nama itu dipilih bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar negara setiap kali dia bertugas.