PASAR RAJA BOT (CHOW KIT)

Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.

Ia juga bercirikan pasar malam yang dikenali sebagai Bundle Chow Kit di sepanjang Lorong Haji Taib yang mana juga dikenali ramai yang menjadi penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya. Stesen Monorail Chow Kit terletak di dalam kawasan ini dan Stesen LRT PWTC terletak berdekatan.

Pasar Chow Kit kini dikenali dengan nama Pasar Raja Bot.