Pelan Perancangan Kampung Baru beri manfaat semua pihak

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyempurnakan Majlis Pelepasan Usahawa

PUTRAJAYA 19 Julai – Pelan Perancangan Kampung Baru yang bakal dibentangkan pada minggu depan diharap memberi manfaat kepada para penduduk selain dapat mengekalkan ciri-ciri kampung di tengah kepesatan ibu kota.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, beliau berharap segala yang dirancangkan dapat dilaksanakan segera kerana pelbagai isu melibatkan Kampung Baru telah berlarutan sejak sekian lama.

Namun beliau juga berharap perancangan itu mendapat komitmen semua pihak khususnya penduduk Kampung Baru.

“Walau macam mana baiknya perancangan kita buat tetapi ada yang menolak, akhirnya ia tidak akan dapat capai ke mana.

“Justeru itu sahaja perancangan kita buat, maka ia perlu mendapat komitmen semua pihak, yang paling penting ia harus memberi manfaat kepada semua,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Usahawan Ke Ekspo Malaysia Fest 2019 Singapura di sini hari ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan pelan perancangan berhubung pembangunan Kampung Baru sudah dikenal pasti dan pembentangan mengenainya akan dibuat minggu depan.

Sementara itu, Rina merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, buat julung kalinya pihaknya menghantar usahawan tempatan untuk menyertai ekspo di luar negara iaitu di Singapura.

Katanya, sebanyak 15 usahawan sektor makanan dan perkhidmatan akan terlibat Ekspo Malaysia Fest 2019 Singapura yang berlangsung di Singapura Expo, Changi bermula 25 hingga 28 Julai ini.

“Selepas Singapura, kita juga akan menghantar usahawan yang potensi ke ekspo lain di Dubai dan Jepun pada tahun depan.

“Kerajaan mahu golongan ini bukan tertumpu di pasaran tempatan, tetapi dapat menerokai peluang di antarabangsa supaya mereka dapat berdaya saing di persada global,” katanya.

Sumber:Utusan Online

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini

Tag Cloud
e-Penyertaan
e-PENYERTAAN & MAKLUMBALAS
Newsletter
Langgan RSS melalui e-mel
Sila Masukkan Alamat Emel Anda :

X