PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu [Akta 733] dan peraturan yang berkuatkuasa maka:

Kami warga kerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan penuh iltizam berjanji akan menyediakan sistem penyampaian berkualiti tinggi dan secara“engagement” dengan telus, professional, berintegriti dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan pada bidang-bidang utama berikut:

  •  Mengadakan Klinik / Khidmat Nasihat Harta Pusaka sekurang-kurangnya dua (2) kali
    sebulan.
  •  Mengadakan mesyuarat penyelarasan penyelesaian isu-isu pentadbiran tanah sekurangkurangnya
    sekali sebulan.
  • Mengemukakan ulasan perancangan/ kejuruteraan/senibina dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan perancangan pembangunan.
  •  Mengemukakan maklumbalas dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan bagi aspek-aspek berkaitan penyelarasan komponen infrastruktur dan utiliti.
  • Memaklumkan keputusan kepada penyebutharga yang berjaya dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh tutup iklan.
  • Memberi maklumbalas aduan kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  •  Memastikan jemputan media (Notes to Editor) untuk program berjadual Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) disediakan dan dikeluarkan dua (2) hari sebelum program berlangsung.
  • Kampong Bharu (PKB) dikemaskini selepas mendapat arahan daripada pemilik isi kandungan (Content Owner) dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja.
  •  Memastikan dokumen perjanjian/ Memorandum Persefahaman (MOU) dimuktamadkan di dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dikemukakan.
  • Memastikan dokumen perjanjian tambahan dimuktamadkan di dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dikemukakan.
  • Menyediakan ulasan berkenaan Keupayaan Syarikat Pemaju melaksanakan projek pembangunan semula di Kampong Bharu dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Menyediakan ulasan Model Perniagaan (pulangan kepada pemilik tanah) dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.