MENTERI Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun (tiga kanan) bermesra dengan penduduk dan penerima bantuan pada Majlis Ramah Mesra Penduduk Kampung Sungai Baru, hari ini. – UTUSAN ONLINE/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Kementerian Wilayah akan merombak ahli jawatankuasa Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd. Harun berkata, beliau telah memberi beberapa cadangan nama kepada Kementerian Wilayah dan kini hanya menunggu proses pelantikan dibuat oleh Menterinya, Khalid Abdul Samad.

Rina yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, selain itu, pihaknya juga akan membuat pemilihan semula ketua-ketua kampung di Kampung Baru kerana terdapat laporan mengatakan bahawa pelantikan sebelum ini tidak telus dan tidak melalui pemilihan.

“Kerajaan baharu, mesti ada ahli jawatankuasa baharu. Kita mahu pastikan setiap ketua kampung nanti mesti mewakili semua penduduk kerana mereka ini penting dalam menjadi mata dan telinga kerajaan untuk membuat keputusan berkenaan tapak warisan ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penduduk Kampung Sungai Baru di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan Online

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini

Tag Cloud
e-Penyertaan
e-PENYERTAAN & MAKLUMBALAS
Newsletter
Langgan RSS melalui e-mel
Sila Masukkan Alamat Emel Anda :

X