POTENSI UTAMA PEMBANGUNAN

Kedudukan strategik Kampong Bharu yang dikelilingi oleh pembangunan mega dan berprofil tinggi antaranya seperti KLCC, Menara Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa, Istana Budaya, Perpustakaan Negara, Bukit Bintang, MATIC serta kawasan perdagangan di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak.

Keadaan ini sangat berpotensi bagi Kampong Bharu dalam menawarkan premis perniagaan dan ruang kediaman yang lebih komprehensif dan moden.

Kedudukan Kampong Bharu yang berhampiran dengan kemudahan perubatan seperti Hospital Besar Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara (IJN) dan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) berpotensi dalam memperkenalkan industri perkhidmatan perubatan seperti pusat perubatan pakar, farmasi, dan pusat kecantikan.

Potensi Kampong Bharu menawarkan perkhidmatan ICT memandangkan kedudukannya berhampiran dengan KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada lima buah bandar siber di Wilayah Lembah Kelang.

Potensi Kampong Bharu dalam menyusun semula dan mengoptimumkan penggunaan tanah sebagai langkah memperbaiki kualiti persekitaran Kampong Bharu selari dengan pembangunan sekitarnya.

Potensi Kampong Bharu dihubungkan ke Presint Kebudayaan di sepanjang Jalan Tun Razak, Taman Tasik Titiwangsa, KLCC dan lain-lain tempat tarikan pelancong melalui koridor hijau.

Masalah banjir kilat di beberapa lokasi seperti Kampong Periok, Dang Wangi dan Sultan Sulaiman disebabkan kemudahan infrastruktur saliran dan perparitan sedia ada tidak sempurna.