RANGKA ASAS PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU

1. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020)

Teras asas yang digariskan di dalam PSKL 2020 dalam membangunkan Kampong Bharu diperjelaskan melalui Strategi Pembangunan 6.4.4 :

Mengekhaskan dan Melaksanakan Kawasan Pembangunan Komprehensif. Di dalam strategi tersebut dinyatakan Kampong Bharu yang merupakan salah satu daripada kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Pembangunan Komprehensif (KPK) akan dirancang secara menyeluruh dan dibangunkan sebagai pembangunan bercampur bersepadu yang mengandungi kegunaan kediaman, perdagangan dan industri termasuk kemudahan utiliti yang selaras dengan jumlah penduduknya.

Setiap KPK juga akan dilengkapi terminal transit yang akan menghubungkan aktiviti-aktiviti utama dalam kawasan dan di sekitar pusat-pusat daerah dibangunkan.

2. Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (DPBRKL 2020)

Draf PBRKL 2020 pula telah memperincikan penetapan PSKL 2020 melalui deraf-planpembentukan satu hala tuju strategik khusus untuk kawasan Kampong Bharu. Hala Tuju Strategik 9.4 : Pembahuruan Semula (Regenaration) Kampong Bharu.

  • KB1 : Peningkatan pertumbuhan dengan menggalakkan penyelesaian dalam perancangan pembangunan tanah secara inovatif;
  • KB 2 : Pembangunan semula kawasan dengan aktiviti-aktiviti pemangkin;
  • KB 3 : Pemeliharaan Nilai Kebudayaan dan senibina dan warisan berteraskan budaya Melayu–Islam;
  • KB 4 : Pembangunan rangkaian prasarana dengan kesalinghubungan dan kebolehsampaian yang tinggi;
  • KB 5 : Penggalakan reka bentuk perbandaran yang terbaik, dan seimbang dengan alam sekitar dan mesrahuni (liveable);
  • KB 6 : Pembangunan Perbandaran berteraskan teknologi hijau; dan
  • KB 7 : Pembangunan modal Insan yang lestari, berdaya tahan, berdaya saing dari segi ekonomi, jasmani, emosi, rohani dan intelektual.