SUNGAI BUNUS

A dalam melaksanakan peranannya sebagai Agensi Penyelaras, Pemudah Cara dan Penggerak Utama pembangunan semula penempatan Melayu Kampong Bharu.

Sehingga penghujung tahun 2015, PKB sedang menyusun semula keutamaan kerja dengan memberikan komitmen tinggi untuk menyelesaikan masalah bayaran sumbangan kepada penduduk terlibat dengan tanah mendap di Kampong Pindah. Keduanya ialah untuk menyelesaikan isu berkaitan pemilikan tanah. Penyelesaian yang tuntas terhadap isu-isu ini amat penting kepada prestasi kerja PKB agar dapat menarik keyakinan rakan-rakan strategik dan penduduk Kampong Bharu kepada PKB sebagai sebuah perbadanan yang berwibawa dan efisien. Ia sekaligus dapat melicinkan perjalanan kerja PKB.

Sehingga kini, hasil inisiatif Mobile Team PKB telah berjaya menyelesaikan beberapa isu berkaitan status tanah. Hasil konsultansi dan rundingan bersama pemililk/pewaris tanah, sebanyak 829 lot telah memperoleh geran hak milik kekal atau Final Title. Manakala, 446 lot geran berjaya memperoleh status hak milik sementara atau Qualified Title (QT) dan tanah rizab sebanyak 15 lot.

Sebagai Pengerusi baharu, saya amat mengharapkan sokongan teguh dan kepercayaan daripada semua rakan-rakan strategik PKB, pelabur, kontraktor, perunding, dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha membangunkan Kampong Bharu sebagai The Crown Jewel of Kuala Lumpur. 

Datuk Affendi Zahari
Pengerusi
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)