Aktiviti Terkini: 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀 (𝐊𝐑𝐓) 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah melaksanakan Sesi Libat Urus bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta Edaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia Tahun 2025 di Pejabat PKB.
Tujuan sesi libat urus ini dilaksanakan adalah bagi menyampaikan makluman berkaitan program-program anjuran PKB, sebagai ruang kepada komuniti untuk menyuarakan pandangan dan idea berkenaan PKB dan serta sesi edaran Jalur Gemilang.
Sesi edaran Jalur Gemilang kepada wakil-wakil komuniti Kampong Bharu ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB sebagai persiapan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2025 dan Hari Malaysia pada 16 September 2025.
Ayuh rakyat Malaysia kibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara.