Aktiviti Terkini: 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐙𝐁𝐄𝐄 𝐂𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 (𝐏𝐊𝐁)
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kunjungan daripada bzBee Consult yang diketuai oleh Prof. Hj. Mohd Said Bani C.M Din, Pengasas dan Pengarah Urusan bzBee Consult.
Sesi ini telah disertai oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKB serta pegawai-pegawai PKB.
Tujuan sesi perbincangan ini adalah untuk mengeratkan hubungan disamping membincangkan perihal berkaitan Warisan Kampong Bharu bagi memastikan nilai sejarah dan identiti Kampong Bharu ini dikekalkan.
PKB mengucapkan terima kasih kepada bzBee Consult atas sesi perbincangan ini dan diharapkan agar jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diperkukuhkan lagi di masa akan datang.