Aktiviti Terkini: 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐘𝐁𝐌 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐆𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐬𝐚 – 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐨𝐦𝐚 – 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠
Aktiviti TUPA YBM di Kampong Bharu bermula jam 6.00 petang dan berakhir jam 7.00 malam. Antara aktiviti TUPA YBM adalah:
1) Aktiviti melihat premis makanan sekitar Jalan Raja Muda Musa;
2) Mendengar perancangan Projek Perkongsian Ruang (Shared Spaced) Jalan Raja Muda Musa dari pegawai PKB dan DBKL;
3) Melihat aktiviti pencahayaan dan struktur ikonik Pintasan Saloma sebagai ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur;
4) Pengindahan Sungai Klang;
5) Cadangan sambungan laluan pejalan kaki dari Pintasan Saloma ke KLCC.
Turut hadir TUPA YBM pada hari ini di Kampong Bharu YBhg Datuk TPr Haji Lokman Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, YBhg. Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL dan YBhg Datuk Azizulrahman bin Mohd Hussain Malim, Pengerusi MPPWP Zon Titiwangsa Merangkap Ahli Anggota PKB.
Pihak PKB mengucapkan jutaan terima kasih di atas kelapangan YBM ke Kampong Bharu dan kerjasama dari DBKL.