Aktiviti Terkini: 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐋𝐨𝐭 𝟏𝟖𝟑𝟔 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮

Sebagai usaha menyokong penjagaan dan kelestarian Kebun Bandar Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), warga PKB telah turun padang pada 10 Oktober 2025 untuk menjalankan aktiviti gotong-royong. Penanaman anak pokok terung dilakukan bagi menambah kepelbagaian hasil tanaman serta menggalakkan amalan pertanian bandar dalam kalangan komuniti.
Selain itu, aktiviti pembersihan turut dijalankan bagi memastikan kebun sentiasa terjaga dan selesa untuk semua yang terlibat.