Projek perkongsian ruang Kampung Baru dilaksana awal 2022

Shahidan Kassim.

Kuala Lumpur: Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan Projek Perkongsian Ruang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini, pada awal tahun depan dan dijangka siap selewat-lewatnya awal 2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, projek itu akan menjadi pemangkin pertumbuhan produk pelancongan di Kampung Baru selain berupaya menangani masalah lain seperti kesesakan lalu lintas, peniaga/penjaja, kebersihan dan keindahan di sepanjang laluan berkenaan.

“Sebagai perintis, Jalan Raja Muda Musa akan dinaik taraf bagi fasa pertama dan proses tendernya akan dilaksanakan bulan ini manakala projek di tapak dijangka bermula awal tahun depan.

“Projek ini juga akan merancakkan lagi aktiviti syurga makanan di sepanjang laluan Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Alang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Shahidan berkata pihaknya turut mensasarkan untuk menyediakan 1,000 kiosk dan ruang niaga di bawah Program Usahawan Anak Muda Kota di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tahun lalu hingga 2023.

“Sehingga September lalu, sebanyak 126 usahawan telah memulakan perniagaan manakala 2,268 calon mendaftar di bawah program ini.

“DBKL juga merancang untuk mengadakan Program Pementoran Usahawan dengan beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk meningkatkan lagi kadar pendigitalan perniagaan dalam memastikan mereka dapat beroperasi dengan mampan,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaan program dan projek yang teratur dan berkesan seumpama ini dijangka berupaya memberikan impak positif dalam usaha merancakkan kembali ekonomi serta menangani masalah kemiskinan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Sumber: Harian Metro

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa

Menurut Annuar lagi, PKB perlu menghantar penilaian yang dibuat kepadanya pada 30 Jun ini sebelum dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, sekiranya ada perkara yang tidak dapat diputus untuk diteruskan ia akan dibawa berunding dengan penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan penyelesaian alternatif.

“Saya sedang buat tinjauan tentang beberapa alternatif, yang pasti kita mahu Kampung Baru tetap maju dan keutamaan saya ia dimajukan dengan pemilikan kekal berada di tangan orang Melayu.

“Jadi usaha iktiar majukan kampung baru akan diteruskan, kaedah perlu dimuktamadkan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette