Aktiviti Terkini: Penyerahan 300 Kotak Kasih KKMM kepada mangsa banjir di Kampung Periuk dan Flat PKNS melalui Program Prihatin dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Rumah Prihatin Grand Seasons.

Kuala Lumpur, 24 Disember 2021 – YBhg. Datuk Affendi Zahari, Pengerusi PKB dan YBhg Datuk TPr. Haji Lokman bin Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB telah hadir bersama YBrs. Puan Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKMM dan wakil Rumah Prihatin @Grand Seasons, YBrs. Tuan Megat Zulhazmi Megat Abdullah Rafaei bagi penyerahan 300 Kotak Kasih KKMM untuk diedarkan kepada mangsa banjir yang terkesan di lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu Kampung Periuk dan Flat PKNS melalui Program Prihatin dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Rumah Prihatin Grand Seasons.

Sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia, Rumah Prihatin dan KKMM turut serta dalam aktiviti hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut melakukan ujian kelajuan internet (speed test) di kawasan Kampung Periuk – capaian Internet tidak terjejas.

Kementerian Wilayah Persekutuan
Wilayahku

#KampongBharu
#KeluargaMalaysia
#OurCityOurHome
#kitajagakita