Aktiviti Terkini:Majlis telah diadakan bagi meraikan sambutan bulan syawal dan seterusnya memupuk semangat muhibah dan harmoni antara warga PKB.

Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), ketua-ketua agensi, pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi, ahli Anggota dan Penasihat PKB yang telah hadir. Turut hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri PKB pada hari ini, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
PKB telah menjadi agensi pertama diperingkat Kementerian dalam menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Majlis telah bermula dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang di pejabat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.