Aktiviti Terkini: Sekitar Majlis Penutup Program ‘Young People’s Lab 2022 Bersempena “Persidangan Bandar Mampan Bertaraf Dunia 2022 (WCSC2022)” yang telah diadakan di ruang taklimat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pada hari ini. Program ini telah bermula pada 13 Ogos 2022 yang lalu.

Buat julung kalinya PKB terlibat sebagai rakan strategik “Young People’s Lab” (YPLab) dalam perlaksanaan Program ‘Young People’s Lab 2022 dan Kampong Bharu telah terpilih untuk dijadikan sebagai kawasan kajian. Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Puteri Sultan Selangor telah mencemar duli hadir ke Majlis Penutup Program ‘Young People’s Lab 2022 Bersempena “Persidangan Bandar Mampan Bertaraf Dunia 2022 (WCSC2022)”.
YPLab merupakan program bengkel intervensi yang dijalankan oleh kumpulan profesional muda untuk belia berumur 40 ke bawah yang turut merupakan acara sampingan WCSC 2022. Peserta yang menjadi juara, mereka akan membentangkan cadangan dan konsep idea di Persidangan Antarabangsa ke -13 bagi WCSC 2022, pada 13 September 2022.
Tahniah kepada para peserta yang berjaya. Semoga idea dan konsep yang dilakarkan menjadi inspirasi untuk digunapakai bagi pembangunan semula Kampong Bharu.