𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐈𝐋 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒
Aktiviti Terkini:𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐈𝐋 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒
YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah hadir ke Perhimpunan Bulanan Bil 3/2024, dalam ucapannya menyatakan kepada semua pegawai dan kakitangan PKB untuk terus berkomited dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam.
Hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) serta warga kerja PKB.
Turut diraikan Sambutan Hari Lahir warga kerja PKB dari bulan Jun hingga Ogos seramai 19 orang. Semoga dengan sambutan ini mendapat keberkatan dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.