Aktiviti Terkini: ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† (π†πŽπ‘πŽ) πŒπ„π†π€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ€πŒππŽππ† 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ„π‘π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π (𝐒𝐇𝐖𝐏) πŸπŸŽπŸπŸ“

Program Gotong-Royong (GORO) Mega Peringkat Kampong Bharu Bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2025 anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ini telah diadakan sebagai salah satu aktiviti di dalam Kalender SHWP bagi tahun 2025.
Program ini telah diadakan di 3 lokasi dengan 3 aktiviti berbeza iaitu di Masjid Jamek Kampong Bharu bagi aktiviti mengecat pagar dan pembersihan lantai di sekitar perkarangan masjid, di Sungai Bunus bagi aktiviti β€œPlogging” serta di Lot 1836 bagi aktiviti berkebun.
Program ini telah disertai oleh ahli anggota dan penasihat PKB, Komuniti Rukun Tetangga Kampong Bharu, Jawatankuasa Masjid Jamek Kampong Bharu, wakil-wakil agensi sahabat PKB dan penduduk Kampong Bharu.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa, YBhg. Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi PKB dan YBrs. Dr. Amir Raslan Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB.