{"id":4286,"date":"2022-05-30T11:48:34","date_gmt":"2022-05-30T03:48:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/?p=4286"},"modified":"2022-05-30T11:48:34","modified_gmt":"2022-05-30T03:48:34","slug":"pembangunan-kampung-sungai-baru-perlu-situasi-menang-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/?p=4286","title":{"rendered":"Pembangunan Kampung Sungai Baru perlu situasi menang-menang"},"content":{"rendered":"<div id='av_section_1'  class='avia-section av-etgoe-d194391b76afcbc431df2f9755d0ff3d main_color avia-section-default avia-no-border-styling  avia-builder-el-0  avia-builder-el-no-sibling  avia-bg-style-scroll container_wrap fullsize'  ><div class='container av-section-cont-open' ><main  role=\"main\" itemprop=\"mainContentOfPage\"  class='template-page content  av-content-full alpha units'><div class='post-entry post-entry-type-page post-entry-4286'><div class='entry-content-wrapper clearfix'>\n\n<style type=\"text\/css\" data-created_by=\"avia_inline_auto\" id=\"style-css-av-9pmme-41c0c99456b4c52c3d3b4e1017937a24\">\n.flex_column.av-9pmme-41c0c99456b4c52c3d3b4e1017937a24{\nborder-radius:0px 0px 0px 0px;\npadding:0px 0px 0px 0px;\n}\n<\/style>\n<div  class='flex_column av-9pmme-41c0c99456b4c52c3d3b4e1017937a24 av_one_full  avia-builder-el-1  avia-builder-el-no-sibling  first flex_column_div av-zero-column-padding  '     ><p>\n<style type=\"text\/css\" data-created_by=\"avia_inline_auto\" id=\"style-css-av-9uaui-951163b959f697ef8c357cdece5338a6\">\n#top .av-special-heading.av-9uaui-951163b959f697ef8c357cdece5338a6{\npadding-bottom:10px;\n}\nbody .av-special-heading.av-9uaui-951163b959f697ef8c357cdece5338a6 .av-special-heading-tag .heading-char{\nfont-size:25px;\n}\n.av-special-heading.av-9uaui-951163b959f697ef8c357cdece5338a6 .av-subheading{\nfont-size:15px;\n}\n<\/style>\n<div  class='av-special-heading av-9uaui-951163b959f697ef8c357cdece5338a6 av-special-heading-h3  avia-builder-el-2  el_before_av_textblock  avia-builder-el-first '><h3 class='av-special-heading-tag '  itemprop=\"headline\"  >Pembangunan Kampung Sungai Baru perlu situasi menang-menang<\/h3><div class=\"special-heading-border\"><div class=\"special-heading-inner-border\"><\/div><\/div><\/div><br \/>\n<section  class='av_textblock_section av-kce6xa9q-2742a0c5645f97d69f4307e019dcc5c2 '   itemscope=\"itemscope\" itemtype=\"https:\/\/schema.org\/BlogPosting\" itemprop=\"blogPost\" ><div class='avia_textblock'  itemprop=\"text\" ><p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/assets.bharian.com.my\/images\/articles\/joeghani_1653725771.jpg\" alt=\"Datuk Seri Johari Abdul Ghani beramah mesra bersama orang ramai yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu - Foto NSTP\/Eizairi Shamsudin\" \/>Datuk Seri Johari Abdul Ghani beramah mesra bersama orang ramai yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu &#8211; Foto NSTP\/Eizairi Shamsudin<\/p>\n<p>KUALA LUMPUR: Isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini, yang tercetus antara penduduk dan pemaju perlu diatasi menerusi penyelesaian menang-menang.<\/p>\n<div class=\"ANDBEYOND-DESK-30014\">\n<p>Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pemaju projek berkenaan perlu kreatif bagi mendapatkan keyakinan penduduk sebelum memulakan pembinaan di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya, wakil rakyat kawasan berkenaan perlu memainkan peranan sebagai pendamai bagi kedua-dua pihak, termasuk mengatur pertemuan bagi membincangkan penyelesaian terbaik.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pihaknya tidak pernah berdepan keadaan sedemikian bagi setiap pembangunan di Kampung Baru, ketika beliau menjadi wakil rakyat di situ sebelum ini, dengan semua permasalahan berbangkit diselesaikan sebelum projek dimulakan.<\/p>\n<p>&#8220;Isu di Kampung Baru ini berlaku apabila pemaju mahu membangunkan semula Kampung Sungai Baru dan kediaman sementara bagi penduduk yang terkesan dengan projek berkenaan tidak disediakan.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau tiada penempatan sementara dan (pemaju) menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengusir penduduk, itu bukan strategi bagus kerana ia akan akan menimbulkan satu masalah berbangkit di sekitar.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itu saya tidak setuju dengan pengambilan tanah ini. Kita kena adakan perbincangan membabitkan pemaju dan sebilangan penduduk yang tak dapat selesaikan masalah mereka kerana mahu tahu ke mana mereka akan dipindahkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Johari yang juga Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan berkata demikian pada sidang media majlis Sambutan Aidilfitri 2022 yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB), Datuk Lokman Omar di pekarangan Pintu Gerbang Kampung Baru di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Mengenai penyelesaian menang-menang itu, Johari mencadangkan supaya pemaju membuat perjanjian membabitkan penempatan sementara serta kadar pampasan akan ditawarkan kepada penduduk yang terjejas akibat projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perjanjian itu perlu memperjelaskan kedudukan dan anggaran tempoh kepada penduduk untuk mendiami penempatan sementara sebelum mereka boleh mendiami semula kawasan berkenaan selepas projek pembangunan semula siap.<\/p>\n<p>&#8220;(Pemaju) perlu sediakan juga perjanjian menjelaskan kepada semua penduduk Kampung Sungai Baru bila mereka akan dipanggil mendiami semula kawasan berkenaan selepas projek siap sepenuhnya, jika pemaju mahu menawarkan kadar pampasan lebih rendah berbanding pasaran.<\/p>\n<p>&#8220;(Pemaju boleh) minta penduduk ambil dahulu pampasan dipersetujui dan mendiami penempatan sementara sebelum kembali menetap di Kampung Sungai Baru apabila projek siap nanti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga mencadangkan pemaju menyediakan perjanjian menjelaskan perincian jumlah pampasan ditawarkan kepada penduduk yang terkesan dengan projek pembangunan semula di Kampung Sungai Baru, terutamanya jika ia di bawah kadar pasaran.<\/p>\n<p>&#8220;Contohnya, jika pemaju hanya menawarkan pampasan bernilai RM250,000 mereka perlu perjelaskan kenapa ia ditetapkan sedemikian kerana penduduk pastinya tak mampu membeli rumah baharu dengan nilai yang jauh di bawah kadar pasaran semasa.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, perincikan tempoh penduduk perlu mendiami penempatan sementara. Takkan mereka perlu tunggu sehingga 20 tahun baru boleh kembali menetap di Kampung Baru, jika tiada perjanjian jelas mengenai hal sedemikian dikemukakan.<\/p>\n<p>&#8220;Segelintir penduduk yang sudah berpindah sebelum ini pun dah masuk empat tahun tetapi tak balik lagi (ke Kampung Baru). Ini antara sebab kenapa sebahagian lagi penduduk di sini semakin takut dan tidak yakin untuk menggadaikan rumah mereka kepada pemaju.<\/p>\n<p>&#8220;Penduduk Kampung Baru memang mahukan pembangunan, tetapi ia mestilah yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Kampung Baru boleh dibangunkan tetapi janganlah buat projek yang memaksa penduduk tanpa memberi penyelesaian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sumber: Berita Harian<\/p>\n<\/div>\n<\/div><\/section><\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[],"class_list":["post-4286","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-aktiviti"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4286","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4286"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4286\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4289,"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4286\/revisions\/4289"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkb.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}