Aktiviti Terkini: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 : 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐑𝐎𝐏𝐎𝐍𝐈𝐊

7 Ogos 2025 – Inisiatif mampan ini merupakan satu langkah dalam memperkasakan Pertanian Bandar di Kampong Bharu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenaan dengan teknik tanaman hidroponik.
Penyertaan terdiri daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampong Bharu, persatuan penduduk, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu dan wakil-wakil penduduk yang turut bersama menjayakan program ini.