Sesi Taklimat dan Penerangan Mekanisme Perlaksanaan Pembangunan Semula Kampong Bharu telah diadakan pada 5 Ogos 2023 bertempat di Anjung Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampong Bharu. Tujuan sesi taklimat ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kaedah dan mekanisme perlaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu agar difahami dengan jelas oleh semua pemilik-pemilik berdaftar, pewaris, pemegang taruh
dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan semula. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga ingin membangunkan Kampong Bharu melalui penyertaan pemilik tanah/petak berdaftar.
KEMASKINI TERBARU
1. Mesyuarat Anggota PKB Bilangan 1 tahun 2025 bertarikh 25 Februari 2025 bersetuju untuk memberi lanjutan tempoh selama enam (6) bulan kepada syarikat Menara Rezeki Properties Sdn. Bhd. (MRPSB). Syarikat juga perlu mendapatkan semula persetujuan tawaran Pembangunan daripada pemilik-pemilik terlibat.
(Kemaskini: 7/3/2025)