Jadikan hari ini hari yang ceria dan bersemangat buat anda semua. Semoga matahari yang menyinari pada hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita. ✨
Salam penghulu segala hari. Waktu pagi adalah permulaan hari. Islam sangat menggalakkan penganutnya memanfaatkan waktu pagi untuk beribadah dan mencari rezeki. Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini dan akan datang.
Majlis telah diadakan bagi meraikan sambutan bulan syawal dan seterusnya memupuk semangat muhibah dan harmoni antara warga PKB.
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), ketua-ketua agensi, pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi, ahli Anggota dan Penasihat PKB yang telah hadir. Turut hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri PKB pada hari ini, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
PKB telah menjadi agensi pertama diperingkat Kementerian dalam menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Majlis telah bermula dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang di pejabat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Jom kita kenali kejayaan Suezcap dalam pembangunan semula di Kuala Lumpur bersama Encik Abdul Hadi Ahmad, Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Ritzy Gloss Sdn. Bhd.
Satu Syawal menjelang tiba, takbir bergema mengegar jiwa, Sekiranya ada salah, silap dan dosa. Ampun dipinta dihari mulia. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Dan Batin diucapkan kepada seluruh warga Kampong Bharu dan umat Islam diserata dunia. Ucapan tulus ikhlas daripada YBhg. Datuk Affendi Zahari, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Kampong Bharu dan umat Islam di Malaysia. Sambutlah dengan meriah setelah sekian lama kita tidak dapat beraya bersama sanak saudara. Berhati-berhati walau di mana jua anda berada. Semoga sihat dan selamat hendaknya. Ucapan tulus ikhlas daripada YBhg. Datuk TPr Haji Lokman Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. ☺️
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua warga Kampong Bharu dan seluruh umat Islam di Malaysia. Tulus ikhlas daripada warga kerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. 🥰
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin. Raya pada tahun ini begitu meriah sekali. Sambutlah dengan penuh kegembiraan dan sentiasa berhati-hati walau di mana jua anda berada. Saksikan sketsa Hari Raya bersama warga PKB. ✨❤️
SELAMAT HARI PEKERJA 2022
Selamat hari pekerja kepada semua pekerja. Tahniah di atas segala usaha, penat lelah dan pergorbanan anda dalam memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa serta negara.
"PEKERJA TONGGAK KELUARGA MALAYSIA DALAM PEMULIHAN NEGARA"
Ujian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.
Pantasnya Ramadan kali ini. Minggu depan kita dah bertemu Syawal dah. Dalam keseronokkan dan keterujaan kita, kita perlu mengambil kesempatan yang ada untuk banyakkan beramal baik. Doakan kesihatan dan kesejahteraan diri dan semua insan yang kita sayangi. Moga segala amalan kita di bulan Ramadan ini diterima oleh Allah SWT, lantas terhapus dosa dosa lalu.
Sekitar Program Sumbangan Iftar makanan kepada wakil surau di Kampong Bharu anjuran Persatuan Ummah Nusantara Malaysia yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Affendi Zahari, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB). Semoga dengan pemberian ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan memberi manfaat serta ganjaran pahala di bulan yang mulia ini. ❤️✨
Di dunia ini, kita berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain. Satu daripada makhluk terbesar selain manusia adalah binatang. Beri harapan dan kehidupan untuk binatang kerana akan membuatkan kita bahagia serta dimurahkan rezeki. Kecintaan kepada binatang akan membentuk sikap dan jiwa penyayang. Jom kita bersedekah pada hari jumaat yang mulia ini.
Salam Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Membaca Al-Quran adalah sebahagian dari zikir. Dan juga merupakan suatu Ibadah. Ketika anda berzikir, anda akan mendapat ketenangan dan ketenangan seperti yang disebutkan dalam Al-Quran. ✨