Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐆𝐇𝐀𝐍𝐈, 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐈𝐓𝐈𝐖𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐎𝐃𝐈𝐓𝐈
YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi.
Kunjungan ini telah diadakan di Pejabat Parlimen Titiwangsa yang turut disertai oleh Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan dan Komunikasi Korporat) PKB, Encik Mohd Khire bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Tanah) PKB dan pegawai-pegawai PKB.
Dalam sesi perbincangan tersebut, YBrs. Dr. Khairul Nizam berpeluang berkongsi secara ringkas mengenai latar belakang dan aspirasi beliau sebagai KPE serta perkembangan awal beberapa projek pembangunan di Kampong Bharu. Beliau turut menerima pandangan dan nasihat daripada YB. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani berkenaan keperluan mempercepatkan pembangunan yang berupaya memberi impak langsung kepada komuniti setempat.
PKB amat menghargai ruang perbincangan ini dan beriltizam untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan demi menjayakan misi pembangunan menyeluruh dan mampan di Kampong Bharu.