Aktiviti Terkini:
YBrs Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pengawai Eksekutif PKB telah menyampaikan taklimat kepada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Putrajaya.
Turut hadir bersama YB Menteri ke sesi taklimat, YBhg Datoβ Indera Noridah Abdul Halim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan dari JWP dan Pejabat Menteri.
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), serta pegawai PKB.
PKB telah memberikan taklimat peranan dan fungsi PKB serta status semasa hala tuju pembangunan semula Kampong Bharu.