Aktiviti Terkini:𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍) 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah sudi meluangkan masa untuk melakukan lawatan kerja ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) untuk mendengar taklimat mengenai perkembangan terbaru PKB yang telah disampaikan oleh YBrs Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB.
YB Dr. Zaliha telah menekankan agar rancangan-rancangan pembangunan yang telah dirancang dapat direalisasikan pada tahun 2024 ini, dengan mengambil kira aspek sosial dan kesejahteraan komuniti serta mahu pembangunan di Kampong Bharu dijalankan secara tuntas dan mampan.
YB Dr. Zaliha juga telah melawat sekitar Kampong Bharu bagi melihat dengan lebih dekat isu-isu dan perkembangan projek pembangunan di Kampong Bharu.
Turut hadir bersama YB Menteri ke sesi lawatan, Encik Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) serta pegawai DBKL dan Pejabat Menteri.
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), serta pegawai PKB.