Aktiviti Terkini: 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Penyerahan bantuan ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) kepada mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Kampong Bharu. Lawatan ini turut disertai oleh wakil-wakil Ahli Majlis Penasihat PKB dan juga kakitangan PKB. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa terlibat.