Aktiviti Terkini: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐆𝐍𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈: 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah berbesar hati menerima jemputan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk turut serta dalam Program Signature Negeri: Bubur Lambuk Kampong Bharu bagi program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2025.
YBrs. Dr. Khairul Nizam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKB dan warga kerja PKB turut tidak melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti penyediaan bubur lambuk ini.
Penyertaan ini juga mencerminkan komitmen PKB dalam menyokong usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.