Aktiviti Terkini: 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈
Pihak Perbadanan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan mesyuarat dan lawatan kerja ke Laman Inovasi dan Kilang Tanaman MARDI. Dalam sesi ini, PKB telah menerima baik cadangan reka bentuk kebun komuniti bandar di Kampong Bharu oleh MARDI.
 
Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah strategik ke arah memperkasa pembangunan kebun komuniti bandar berasaskan inovasi, teknologi hijau, dan amalan pertanian mampan. Inisiatif ini diharap dapat menjadi model rujukan bagi pelaksanaan projek komuniti bandar yang lestari di masa hadapan.