Aktiviti Terkini:
Ketua Pegawai Eksekutif PKB, YBrs. Dr. Khairul Nizam Othman, telah menjadi salah seorang panel dalam sesi “Making Cities Work: From the Eyes of Town Planner” sempena National Planning Congress (NPC) 2025.
 
Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pandangan bahawa pembangunan Kampong Bharu perlu melibatkan penyertaan pelbagai pihak bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi juga memelihara serta mengekalkan warisan dan identiti kawasan bersejarah tersebut.