Aktiviti Terkini: ππππππ πππππππππ πππππππππ ππππππ ππππ π
πππππππ (πππ
) ππππ
LABUAN – 17 November 2025, Majlis Perasmian Penutupan Borneo Arts Festival (BAF) 2025 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan diiringi YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Buat julung kalinya, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang diterajui oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman telah menyertai festival ini dengan mengangkat warisan melalui penganjuran Laman Warisan Melayu, yang menampilkan replika Rumah Limas Kampong Bharu.
Penglibatan PKB dalam mempromosikan pelancongan Kampong Bharu melalui festival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir untuk merasai sendiri keunikan Laman Warisan Melayu tersebut. Pelbagai acara menarik turut menyerikan laman ini, antaranya permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan peragaan busana etnik Melayu, Jawa serta Minang. Turut dipromosikan ialah juadah warisan bubur lambuk Kampong Bharu dan nasi lemak yang diberikan kepada para pengunjung di Warung Saloma.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim (Ketua Pengarah JWP), YBhg. Datoβ Mohd Husni bin Mohamad Salleh (Pengerusi Perbadanan Labuan), YBhg. Datoβ Indera Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan), YBhg. Datoβ Mohd Sakeri Abdul Kadir (Presiden Perbadanan Putrajaya), YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan) serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan, swasta dan pemimpin komuniti setempat.