Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐊𝐁 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
PUTRAJAYA – 25 November 2025, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia.)
Dalam sesi pertemuan tersebut, YBrs. Dr. Khairul Nizam berkongsi aspirasi beliau sebagai KPE serta perkembangan awal beberapa inisiatif pembangunan di Kampong Bharu. Perbincangan ini turut memberi fokus kepada penyelarasan perancangan yang mampan, pemeliharaan identiti warisan, dan potensi menjadikan Kampong Bharu sebagai destinasi pelancongan yang lebih tersusun dan menarik.
PKB amat menghargai pandangan strategik dan sokongan daripada YBhg. Ketua Pengarah PLANMalaysia, khususnya dalam memastikan pembangunan Kampong Bharu selari dengan dasar perancangan bandar negara dan memberi impak langsung kepada komuniti setempat.
Di bawah kepimpinan YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, PKB komited memperkukuhkan kerjasama bersama PLANMalaysia bagi memastikan pembangunan Kampong Bharu dapat direalisasikan secara menyeluruh, progresif dan mampan.