Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Kursus anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Disember 2025 bertempat di Ruang Taklimat PKB bersempena Sambutan 125 Tahun Kampong Bharu.
Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman mengenai kepentingan penyelesaian isu harta pusaka dan panduan tatacara permohonan pembahagian harta pusaka bagi memastikan usaha-usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
Kursus ini turut menampilkan barisan penceramah yang terdiri daripada individu yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.
YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKB telah berbesar hati untuk merasmikan kursus ini dan kursus ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai jabatan/agensi, wakil KRT, serta pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu.
PKB mengucapkan terima kasih atas penyertaan semua peserta. Semoga ilmu yang diperoleh membawa manfaat.
𝙎𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙠𝙖, 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨 𝙏𝙚𝙧𝙥𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙧𝙖