Aktiviti Terkini:𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 𝐓𝐎 𝐖𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

14 Disember 2025 | Ahad – Program Waste To Wealth kali ini merupakan sesi terakhir bagi tahun 2025. Terima kasih kepada warga Kampong Bharu yang telah terlibat dalam sesi menukar barangan kitar semula melalui Aplikasi 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) di bawah seliaan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS, DBKL).
PKB turut mengucapkan terima kasih kepada Pangsapuri 17 Tingkat, DBKL & warga kerja PKB kerana bersama- sama menjayakan program sepanjang tahun ini.
Ayuh warga Kampong Bharu, jom lestarikan alam sekitar melalui aktiviti kitar semula. Jumpa lagi pada Program Waste to Wealth akan datang!