Aktiviti Terkini:𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐊𝐁 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐈𝐃𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐀𝐅𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi),serta pegawai PKB.
Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedia ada, di samping membincangkan dan berkongsi berkenaan isu-isu semasa di Kampong Bharu.