Aktiviti Terkini:
Pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sedang menjalankan Kerja-Kerja Bancian Kampong Bharu Fasa 3 bermula 11 Disember hingga 15 Disember 2023. Tujuan bancian ini dijalankan adalah bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan profil penduduk di Kampong Bharu. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan PKB membuat perancangan dalam Pembangunan Kampong Bharu.
Pihak PKB ingin memohon jasa baik penduduk Kampong Bharu agar dapat memberi kerjasama bagi melancarkan program banci ini.
#KampongBharu
#KLBandarUntukSemua
#OurCityOurHome
#MalaysiaMadani