Aktiviti Terkini:
Perhimpunan & Majlis Apreasiasi tahunan anjuran PKB diadakan bagi meraikan warga kerja yang telah berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sepanjang tahun 2023.
YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB dalam ucapannya menyatakan jutaan penghargaan kepada semua warga kerja yang diraikan di atas sumbangan, kesetiaan dan jasa bakti kepada PKB. Beliau juga berharap agar nilai-nilai dan keterampilan yang positif akan berterusan sepanjang berkhidmat.
Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi),serta warga kerja PKB.